Wednesday, June 23, 2010

Teknik membuat blok silkscreen


Salam sejahtera semua, anda pernah tempah baju kat mane-mane kedai, yelah nak buat baju kelas ke, nak cop nombor jersey futsal team anda ke, nak wat bendera logo rumah sukan anda ke. tak pun memang saje2 nak buat baju design anda sendiri.. Huhu mesti anda akan pergi ke kedai printing baju tempah kat sane, kalau anda tempah dalam bilangan yang banyak, lagi murah la harga anda dapat, kalau anda tempah sehehai 2 , harap maklum harganya memang mahal sangat, sebab yang membuatkan ianya mahal, harga blok baju tersebut. Misalnya, anda design anda tu, ade 4 color, maknenye kene ade 4 blok untuk di print di baju anda tu, harga blok pula bergantung pada saiz dan kerumitan design anda tu, makin besar dan sudah design anda tu, makin besar blok yang perlu dibuat dan makin mahal caj dikenakan. Mau-mau sampai RM100 satu baju huhu mahal kan..

Haa.. ini nak kongsi la kemahiran nak membuat silkscreen printing blok. Tak la susah mane pun, jimat pun jimat jika nak dibandingkan dengan menempah di kedai printing biasa. Anda juga boleh mengecop seberapa banyak design yang anda mahu jika anda tahu kemahiran silkcreen printing.Kos hendak membuat blok silkscreen ni tak la mahal pun, murah je. Apa yang anda perlukan kan kat sini ialah kain silkscreen yang boleh dibeli di kedai menjual color dye ataupun di kedai printing, ataupun anda boleh menempah di kedai printing tersebut. Anda juga memerlukan photo elmulsion yang ada pelbagai jenis macam warne ungu ke. merah ke, biru ke, boleh juga didapati kat kedai yg dinyatakan tadi. cermin, bukan cermin yang tengok muka tiap2 pagi tu, cermin yang lutsinar tu, boleh tempah kat kedai cermin. Ha lupa plak, kepingan polystyrene, kat kedai banyak jual, kompem.Anda juga memerlukan kertas inkjet trasparent, boleh dibeli di kedai stationery, kertas ini anda akan guna untuk print or lukis design anda. Dan yang paling penting, batang kayu untuk membuat frame blok itu tersebut. Jika anda ingin membuat sendiri frame blok tersebut, itu lagi bagus kerana boleh mengurangkan kos. Leceh nak buat frame blok, anda juga boleh menempah frame tersebut kat kedai frame, kedai kayu ataupun kedai yang ade melibatkan pertukangan kayu, tak mahal pun. Ini lagi penting, color dye dan kayu skuji , pun boleh beli kat kedai yg jual dye ni.
Ringkasan barang2:
kain silkscreen, photo emulsion, kepingan polystyrene, cermin lutsinar, kertas inkjet transparent, frame blok, dye, kayu skuji...

Ok, sekarang kita tengok step2 nak buat blok silscreen ni...
1.Setelah anda telah buat frame blok ataupun menempah frame blok tersebut, potong kain silkscreen tu mengikut saiz frame blok tu sendiri. Potong kain itu besar sket dari frame blok tu sebab senang nak stapler kat frame blok tersebut.
2.Dah siap menggunting, adjust betul kain silkscreen tu kat frame blok tu, stapler di sekeliling frame blok tu. kalau boleh stapler tu rapat2 ye sket supaya x de ruang gelembung, dan mase stapler tu tarik kain tu kasi tegang kaw kawnye pastu baru stapler kan.
3.Ulang proses di atas dengan berhati hati, takut tak tegang kain tu. Saya sarankan la kalau tak mampu nak menegangkan dan stapler dalam satu mase, buat la kerja dalam 2 orang, kalau dah pro sorang pun boleh.
4.Dah siap stapler2, kemaskan la kain2 yang terlebih kat tepi tu, gunting mane2 tepi kain yang terlebih tu.
5.Sekarang nak menyapu photo emulsion pulak kat atas silkscreen tu, tujuan nye supaya ..haa jap gi korang semua akan paham. Mase nak beli photo photo emulsion tu beli sekali sensitizer atau pun beli fotecoat. Gunanya kedua-dua benda ni nak memastikan photo emulsion ni kurang kepekatan nye supaya senang kita mahu sapukan kan photo emulsion tu kat kain silkscreen tadi. Kalau guna sentisizer, pastikan nisbah photo emulsion dan sentisizer ialah 5:1, kalu fotecoat pula sukat agak2 apabila dicampurkan bersama photo emulsion larutan tu warnenye menjadi pekat sedikit dari warna asal. Kacau2 supaya larutan tersebut sebati. Lakukannya di tempat yang kurang pendedahan cahaya.
6.haa.. ok sekarang sapu larutan photo emulsion tu kat kain silkscreen menggunakan ape2 kepingan yang rata(kadboard, pembaris, kad, etc.). Ingat mesti rata, kalau tak sapuan photo emulsion tak serata, silap2 kain silkscreen tadi boleh terguris dan tak boleh digunakan lagi. Sapu dengan rata di setiap tempat sehingga nipis. Juga dilakukan di tempat kurang pendedahan cahaya.
7.Ingat lagi tak kertas inkjet transparent, kertas tu mempunyai side yang berbeza, satu kasar, satu tak kasar, design hendaklah dilukis/print pada permukaan yang kasar, dan design tu mesti berwarna gelap, saya sarankan warna hitam la. Kalau design anda ada 4 warna, asingkan design anda mengikut warna, maka anda ada 4 kertas inkjet transparent mewakili 4 warna yang berlainan.
8.Keringkan silkscreen yang telah disapukan photo emulsion tadi dengan kipas ataupun hair dryer. Letakkan kertas design anda di atas silkscreen blok tu dalam keadaan terbalik mcm tgk muka kat cermin , yg kanan kat kiri, yg kiri kat kanan. Cermin lutsinar hendaklah dihimpitkan di bahagian atas design. Bahagian bawah blok tu dialas dengan kepingan polystyrene yang telah dipotong kecil sedikit dari frame blok supaya muat untuk dihimpitkan dengan ruang dalam frame blok.
9. Jemur blok tersebut pada matahari dalam 10 saat bergantung keterikkan matahari. Cermin tadi akan membiaskan cahaya ke seluruh permukaan silkscreen serata. Kepingan polystyrene pula menjadikan kain silkscreen menjadi lebih tegang dan rata.
10.Lepas tu, sembur air pada silkscreen tu dengan kadar air yang kurang laju, takut tak jadi pulak blok anda. Sembur dengan sabar dan berhati-hati. Hanya bahagian silkscreen yg dibawah rekaan design kita sahaja yang akan tertanggal apabila disembur air. Sembur sehingga photo elmusion tadi membetuk rekaan design anda dengan sempurna. Dan jemur blok tersebut sehingga kering.
11. Kini anda boleh print/cop baju anda sendiri tadi guna dye dan kayu skuji.

Selamat mencuba......

1 comment:

  1. bt baju mmg kne pakai blok jugak ke?
    bukan ada cara lain ke?

    ReplyDelete