Tuesday, September 14, 2010

Langah kanan skuad Jang!!

Sungguhpun menang  0-1 dengan pasukan Kelantan, cukuplah untuk bawa pulang 3 mata berharga ke Seremban..macam berita pulak aku ni..
Memang senyum lebar.. mane tak nye, sudahlah ayam tambatan Zaquan Adha injured sampai akhir tahun... ni nak berdepan dengan pasukan Kelantan yang memiiki pemain bertaraf star..
Penalti minit 73, cukuplah sebagai bekalan untuk mengharungi saingan peringkat kump A kempen Piala Malaysia..Thx to Idris Karim coz membenarkan diri anda ditackle..hehe
Lepas ni, Negeri Sembilan akan melayan kunjungan KL Plus di STAR Paroi...
diharapkan rentak cemerlang ini akan diperbaiki dan dipertahankan..
HOBIN JANG HOBIN!!!

K E M B A L I

SALAM semuanya...
kepada member2 blog kesayangan semua.. sori la ye..lame tak update..buzy gle la..student la katekan..
Lupa nak ucapkan selamat hari raya kepada korang semua..raya sebulan kan..hehe
aku K E M B A L I dengan banner baru kek atas ni ha..
huhu.. amacam..Layan Malaysia la pulak kan..hehe...
Ok2 nanti apa update akan di post yek.. :)
SELAMAT HARI RAYA.......

Tuesday, August 24, 2010

Kenapa yahudi bijak....

Kenapa yahudi bijak... kenapa yek.. daripada dulu aku tanya diri aku, orang lain kenapa diorang ni bijak sangat sampai boleh menguasai dunia, nobody can fight them ..dalam ekonomi, politik, sains dan knologi semua tu..
Macam mana bangsa yang dilaknat Allah SWT ni boleh memiliki kelebihan ini.. sedangkan orang Muslim yang sepatutnya memiliki kelebihan itu...Ok di sini ada artikel (aku copy 100%, tiada penambahan dan pengurangan) yang aku jumpa di dalam Facebook yang dikirim oleh
Danish Irfan...credit to him..

"Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan



Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa."

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

So, macam mana, amalan mereka selama ini adalah amalan yang disuruh oleh Rasulullah SAW ke atas kita, tapi kita ambil mudahkan...
So berubahlah, masih belum terlambat...

Saturday, August 21, 2010

Mata duitan $$$$

Salam semua berita hari ini..hehe
Korang layan tak XFM, ala dulu dikenali sebagai X Fresh FM..radio yang main lagu local je...

Dlm XFM ni, ade segmen brother Luv(BL), konsep die macam menjadi orang tengah la kalau ade couple ni berselisih faham ke ape kan.. Tapi kali ni lain sket problem ni..
Tak pernah-pernah BL ni sound direct macam kes kali ni...aku dengar pun geram jugak..GERAMMM.
First aku dengar video ni, dari member aku masa tengah lepak-lepak minum..
Memang teramat murahnya la perempuan tu, sebagai lelaki, kesian la pula kat tunang perempuan ni..
Nak tahu lebih lanjut gi la kat Link kat bawah ni ye..(Sumber dari FB)

Bila Harta dipandang tinggi...

Mood: Marah membara..

nak handphone ke..smart phone??

Sekarang ni ada macam-macam jenis mobile phone yang korang boleh usha kat kedai..
Ada yang murah, berpatutan dan yang mahal sampai tak ingat dunia pun ada gak..mahal betul...
PDA la, iPhone la, Blueberry la, Blackberry la.. tapi kalaula seseorang tu kaki sms macam aku..
macam tak perlu sangat kot pakai smartphone macam tu..hurm..
Nu skool vs OLD skool hehe
Ok... Yelah, sekarang ni handphone dah ada macam-macam aplikasi, kamera , video calling, kemudahan wifi, chat, online tv, GPS, Online shopping.huiyo..macam-macam la boleh buat dengan handphone sekarang ni..
Orang kata kalau tak ada handphone tu, macam tak lengkap je.. sudah menjadi sebahagian keperluan masa sekarang...
Ok back to main topic.. misalnya la, anda seorang yang kaki sms, lepas tu seorang yang biasa2 je la, tak ade lah complex sangat.. perlukah anda memiliki sebuah handphone yang bertaraf smartphone, atau cukuplah memiliki handphone biasa yang memiliki ciri-ciri basic : call, sms, clock, dan sewaktu dengannya..
Kaki + SMS
Ape kate korang??

Monday, August 16, 2010

Shell...shell...

Ni bukan main-main.. ni betul-betul punya haa..
adoyai.. korang pernah tak pegi pam minyak tiba-tiba pam berhenti, walhal liter minyak kat digital skrin tu belum sampai lagi nilai yang sepatutnya korang isi..
mesti pelik kan, aik..rosak ke pam ni..
yup betul..tapi sipi-sipi la ..tak rosak sangat la...
jawapan nya cable pam tu tercabut dari sambungannya...minyak tak bersembur ke.. nope.. nasib baik kan..
kalau tidak bau petrol lah jawapnya...
Aik milah, camno leh putuih ni??
Jang..lilit jo la kek sini ee..
Polek la den nengok,,imposible bonar ni..
Ni la kesudahannya..

Wednesday, August 11, 2010

Dash Yankuro!!

Masih ingatkah korang kat anime ni, popular mase pertengahan tahun 90 an kat Malaysia dulu..
Emperor, Burning Sun, Shooting Star, Canon Ball, serta Dancing doll, ingat lagi tak...mustahil tak ingat kan..
Tu dia paktam.. satu set abis pergh..
malah menjadi fenomena, mana taknya, mini 4wd pro ni menjadi kegilaan ramai, termasuklah aku ni ha..
koleksi aku haa..jangan ditanya ..
Dash 01-Super Emperor
Dash 02 - Neo Burning Sun
Proto Emperor ZX
Dash 1 - Emperor
Agak-agak kan, ada lagi tak model-model ni kat kedai, puas aku cari kat kedai tamiya n toy city, kereta geng jahat aku jumpa lah..hmm..sape2 yang tau tu, boleh la kongsi maklumat ye..
Dash dash kara, to be top..huhu

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak


Ramadhan kini menjelang sudah, bulan seribu rahmat telah datang lagi mengunjungi kita..
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana telah memanjangkan umur aku, keluarga, kawan-kawan, serta yang tersayang untuk berpeluang sekali kagi untuk bersama-sama mengerjakan ibadah puasa pada tahun ini..
Diharapkan, pada Ramadhan kali ini, dapatlah aku hendaknya menjadi lebih baik dari dahulu, serta menjadi salah satu yang insan yang mendapat ganjaran pahala yang banyak ni..
Ok...
Aku pun nak ucapkanlah salam Ramadhan Al-Mubarak kepada sahabat2 blogger yang sudi BW kat kedai kopi aku kat sebelah ni, serta yang add jadi follower Fingerworld ni..
Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa kepada korang yek..Salam

Thursday, August 5, 2010

Pesta Konvokesyen UTeM ke-6 datang lagi..

Yup, this big event datang lagi tahun ni.. aku dah konvo tahun lepas,
so budak-budak lepasan sem lepas ni pula punya turn nak dapat segulung diploma dan ijazah serta master..
Sesiapa yang berdekatan di sekitar Ayer Keroh, Bukit Beruang, Durian Tunggal mahupun di Melaka sendiri,
silalah datang melawat pesta setahun sekali ni pada hari jumaat, sabtu dan Ahad.
Banyak gerai-gerai pelajar UTeM sendiri dan orang luar akan dibuka pada hari tersebut.

So.. rajin-rajinkan hadir ke event ini, ada macam-macam aktiviti, sukan dan berbagai lagi lah. Tidak kurang juga ada artis jemputan yang akan memeriahkan suasana sepanjang pesta ini berlangsung.

Saturday, July 31, 2010

Red Giant juara TM liga Super 2010

The Red Giant, Selangor sekali lagi menjadi juara TM Liga Super 2010 selepas menumpaskan Terengganu 2-0 pada perlawanan sebentar tadi. 2 gol sahaja sudah cukup untuk Selangor menempa nama sebagai juara pada edisi kali ini.
Apa macam, ada gaya macam penulis surat khabar tak hehe..
Selangor memang layak untuk menjadi juara TM Liga Super tahun ni, dari prestasi cemerlang dorang sepanjang kempen TM Liga Super...
Congrats Selangor!!
Malam ni pun aku seronok gak, coz team kesayangan aku, Skuad Hobin Jang Hobin membelasah Pahang 4-0 di STAR of Paroi. Sudah patinya Negeri Sembilan akan melonjak ke tempat kelima ekoran kekalahan Kedah kepada Perak 1-0 pada malam ni juga..
Hobin Jang Hobin yeah!!

Friday, July 30, 2010

dulu lain, sekarang lain

Hurm, apa yang lain ni..apa yang dulu, apa yang sekarang..
Haa... sapa rasa2 dari era 1985 - 1992... korang rasa masa korang primary school kan..
Mesti korang layan, pokemon la, digimon la, maskman la, flasman, power rangers kan..
facebook ke, blog ke, masing-masing dah ada mobile phone, blueberry, iphone..korang tak kenal lagi masa tu..nak on9 internet pun masih terkial-kial lagi..
 Budak-budak sekarang dah pandai layan ni dah, sekolah rendah dah main ni..hebat2
 Zaman-zaman aku dulu, ni la yang menjadi kegilaan ramai hehe.
 Memang lain la bila aku buat perhatian budak-budak era aku  dengan budak-budak sekarang..
dari segi gaya hidup, tahap pemikiran, kesengalan perangai masing-masing, sosial...
Tapi bila cakap-cakap pasal budak dulu-dulu, mesti korang rindu kan zaman korang kecil-kecil..
hehe..sekadar memberi pandangan ye...


Wednesday, July 28, 2010

Basuh pakai tangan ke, atau basuh pakai mesin hurm!!!

Ok, rasa-rasa korang la, mane yang korang lebih prefer..
basuh baju pakai tangan ke, means sental pakai baju berus..
ataupun pakai washing machine, masuk baju, ubuh air, n then set masa..GO!!!
Mane yang korang prefer ni..
Kalaulah basuh pakai tangan..
Ni selalunya student dekat asrama lah, satu sebab murah dan jimat.. Kalau tak kena lah hantar kat kedai dobi ke, takpun masuk dalam washing machine Rm2.00, huhu pembaziran tu...
Dari segi kebersihan, hmm, maybe bersih lagi kot, korang pun puas hati, sebab korang yang basuh sendiri..
Kalaulah basuh pakai washing machine..
Haa, boleh lah menjimatkan masa, boleh juga buat kerja lain kan masa nak tunggu tu kan..
Selain tu, kalau nak basuh baju secara banyak pun boleh, tak adalah letih nak sental banyak-banyak tu kan.
Ni memang sesuai sangat dengan orang yang memang buzy ni..

Kalau korang pula macamana, pakai tangan ke, mesin???

Menang pun kene kondem lagi...

Tak tau la nak cakap apa lagi, baru-baru ni kan Skuad Malaysia kesayangan kita menang 1-0 perlawanan persahabatan dengan skuad olimpik Korea Selatan.. tapi masih lagi ramai orang-orang Malaysia yang lahir di Malaysia, ber IC biru, minum teh tarik, makan roti canai,nasi lemak yang tak habis-habis kondem team Malaysia ni.
Bukannya nak puji, atau senyum ke, at least gembira sikit la .. kondem lagi adela..
"Boleh tahan juga-Petikan dari KOSMO edisi 26hb Julai 2010"
Tak payah nak tengok berita, atau tengok tv sapa yang kaki kondem Team Malaysia ni..
Search je kat Facebook grup Presiden FAM sila letak jawatan!!!!, yang kutuk-kutuk tu pun orang Malaysia la juga yang entah ape dia nyampah sangat..
Walaupun berapa kerat, biarlah ini permulaan..
Biar lah rangking Malaysia 1000 ke, 2000 ke.. aku tetap sokong Malaysia,
kalau kita tak sokong, sapa lagi nak sokongkan...

Monday, July 26, 2010

3 in 1 bahaya??

Muka depan Akhbar Kosmo punya front entry hari ini, bahaya ke produk-produk 3 in 1 ni...
Aduh, mesti ramai yang terkejut kan, majoriti masyarakat Malaysia menggunakan produk 3 in 1 ni kan, termasuk lah kita-kita ni semua, especially Student..
"Antara produk minuman 3 in 1 yang digemari ramai"
Dari petikan Kosmo...
“Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin ia boleh menimbulkan masalah,” katanya semasa ditemu bual oleh pengecara Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas menerusi Radio 24 hari ini.
Kepada sape-sape yang kaki 3 in 1 ni, kalau boleh kurangkan lah pengambilannya ya, sayangilah kesihatan anda ni.. 
Nasib baik lah aku tak gemar sangat fuh..

Sunday, July 25, 2010

Pertumpahan darah Harimau Malaya!!

Dun  worry, tak ada sesiapa yang berdarah Ahad ni, saje je kasi kasi entri post ni menggerunkan sedikit..
Dah 2 hari, aku tak post ape-ape kat blog ni, buzy sedikit, semalam ada hal , BBQ satu kelas kat Pengkalan Balak Melaka..syiok woo..Ok back to the topic..
Seperti yang kita tahu, malam ni Malaysia lawan Korea Selatan, di Stadium Nasional Bukit Jalil..
Tak dinafikan, memang ramai malam ni peminat setia Malaysia, Ultra Malaya akan membanjiri stadium malam ni.
Haaa aku tak dapat pergi, penat semalam tak hilang lagi nii..
Aku mendoakan agar skuad bola sepak Malaysia dapat mengalahkan Korea Selatan hopefully, seri pun Ok juga lah, ..

Rasa-rasa ada live tak malam ni..urm..

Thursday, July 22, 2010

Jom join YouthSays Malaysia !!

Mula-mula aku tengok benda ni, benda apa ni yek..
YouthSays ni dari segi pemahaman aku lah, macam satu komuniti social ala FB, MS tu semua Yeke..hehe
Dalam web YS ni, kita boleh buat survey(hmm bagus tu kalau nak buat assignment ni, tak payah nak cara manual punya), boleh buat poll, advertising, ask a question, haa yang paling syok...
Kita promote campaign ads yang mane, setiap unique je, dapat MYR 0.20, kalau ramai yang klik, hui untung woo..
"Get rewarded for your say, JOM JOIN yeah!!"
Aku pun dah sign up YouthSays ni, dah support 2 campaign dah pun..
Harap sudi-sudi lah click 2 campaign hamba ini ya..Plzz .. u are my friend right hehe
click this :
and this too

Wednesday, July 21, 2010

Kedai makan Pak Omar, terbaek!!

Pak Omar mana ni, jengjeng, Kedai Pak Omar ni terletak di Pekan Durian Tunggal, berhadapan dengan Balai Polis Durian Tunggal, Melaka.
Kedai dia tak adalah besar mana pun, sederhana sahaja tapi yang specialnya, mee bandung dia, terbaek..
Tu tadua mee bandung die, pekat dan lazat umphh!!
Bila first time makan kat sini, tak tau pula kedai ni paper, menurut dari helaian paper yang ada kat atas meja cashier Pak Omar tu, satu hari niaga boeh dapat RM 600, pergh bayangkan kalau sebulan..$$$$$$KAYAS pak cik$$$$$$
Selain MEE BANDUNG???
Selain tu juga, adalah goreng-goreng, ada kueytiaw goreng, mee goreng, bihun goreng, roti apa semua, semua adalah senang cakap. Pak Omar ni pun ramah orangnya, membuat kalau pengunjung makan di kedai beliau, selesa dan senang hati. Perut Kenyang..Hati pun senang....
Ni sedikit gambar semasa menjamu selera di kedai Pak Omar...
Aiseyhman, gambar Pak Omar tak adelah haha..

Tuesday, July 20, 2010

Yeah..Malaysia lawan Korea Selatan

Kalau aku dapat pergi ahad ni tengok match ni, memang seluruh jiwa raga aku curahkan hehe..
mana taknya, Malaysia lawan Korea Selatan tu, team yang sampai round of 16 Piala Dunia baru-baru ini..
Style ar Gambar ni...
Ni sebenarnya adalah perlawanan persahabatan untuk skuad Harimau Malaya untuk next big event lagi, hopefully malaysia boleh manfaatkan this match supaya lebih maju ke hadapan
HARIMAU MALAYA AUMMM!!!
Sapa-sapa nak pergi tu ajak ramai-ramai ya, Insyaallah aku pun nak pergi sangat ni , big event ni, tak boleh lepaskan peluang, tiket RM10 dan RM30,
Malaysia vs South Korea Live at Bukit Jalil National Stadium
Jom ramai-ramai penuhkan stadium, penuhkan stadium dengan warna hitam kuning yeah!!
MALAYSIA BOLEH!!!

Dunia Baru Series Reunion!!

Sapa tak kenal drama series remaja yang famous ni, Opie, Tajul, Madihah, Adif, Anizah kembali beraksi dalam Dunia Baru Series : Reunion. Haha, kelakar betul cerita ni...
"Nak tengok gi lah kat portal Gua.com.my, layan dari awal baru syiok!!"
Nasib baik lah ada downloadhelper, bolehlah aku download simpan wat koleksi dalam external disk aku..
  "watak fav aku si Tajul businessman ni ha"
Jangan lepaskan peluang menonton series ni, apa susah, internet ada, bukak je GUA.COM.MY...
LAYAN....

Sunday, July 18, 2010

Hobin Jang hobin!!

Wan Jamak cakap haritu, Negeri Sembilan target nak jadi Top 5 Liga Super(MSL) sebab ya lah kan, masa mula-mula dulu nak jadi juara liga hehe..
Takpe-takpe, dapat menang piala Malaysia one more time pun ok gak...
"Ni gambar-gambar masa menang final PM 2009, syoknye..tak boleh dilupakan"
Ditambah dengan menang Piala FA pulak, memang menggila fans N9, tapi masa tu la ramai, dah jatuh ni mana pergi diorang ni huhu.. tapi takpe jang, tahun ni defend PM 2010 pulak...
"Ni masa piala FA 2010, sungguh mengharuka"
Minta-mintalah N9 oleh up balik, tak dapat liga super, dapat piala Malaysia pun jadi.. Jadi lah, dulik la liga super tu...hehe..Ni ha, buat waghih-waghih Nogori, kedudukan team kita sekarang, bolehke jadi top 5, hopefully la..
Aiya Paul, ekau kobar ngori monang, mbongak la ko haha..