Hooray German, Bye bye Argentina

  "Kemenangan bergaya German ke atas Argentina pheuhh... 4-0 tu haha"
4-0, itu lah gol yang telah diledakkan oleh pasukan German aka Deutschland semasa pertemuan dengan gergasi kedua Amerika Selatan, Argentina.
"Bravo German haha.."
Haha, selepas sang abang Brazil di hantar pulang oleh Belanda, kini sang adik pula di hantar pulang dengan hibanya oleh German, Lebih memalukan, Argentina dibelasah 4-0, cukup untuk menutup peluang pasukan bimbingan Diego Maradona untuk mara ke peringkat seterusnya. Walaupun ball possesion dipegang oleh Argentina, tetapi itu tidak dapat membantu Argentina untuk membuat sebarang gol. Taktikal German yang sangat menarik permainan passing pendek dan counter yang cemerlang membantu German KENDURI GOL ke atas Argentina.
"teringat lah pulak lauk kenduri bila cerita pasal kenduri-kenduri ni"
Final nanti, Brazil lawan Argentina kot....
Mesti ramai yang buat prediction macam ini kan, ternyata meleset sama sekali. Kedua-dua team yang disebut-sebut itu, tewas mengejut, malah dibelasah lagi 4-0 haha..kesian.. Memang puas bila menonton perlawanan tersebut, sekali gus memadamkan jangkaan-jangkaan ramai kaki bola seluruh dunia. Ini World Cup la kawan-kawan, anything can happen. 
Ghana sikit je lagi, ish ish tak ada rezeki la ni
Uruguay telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir apabila menang dalam penentuan penalti ke atas Ghana. Pertembungan Uruguay dengan satu-satunya wakil Afrika, Ghana sungguh sengit, kedua pasukan berjaya mempertahankan kelebihan gol masing-masing sehingga ke masa tambahan. Tetapi, seakan tiada rezeki, Ghana turut tumbang kepada Uruguay seperti Jepun, kalah menerusi penalti.
"Uruguay menang menerusi penentuan penalti 4:2"
German mampu menang Piala dunia tahun ni, C'mon German..
Aku ni fans German, kau orang baru tau ke, German memang mampu untuk menjulang buat kali ke-4. Mari ramai-ramai support German..hehehe...
 
Klose : Nak tambah lagi 2 gol ni, sompek tak 
Tevez..Tevez: Abahmu, cukup-cukup lah 4..











Maradona: Harumnya baumu..ahh..
?????: Minyak tencho ni bro...