Oh no..German

Detik yang menyedihkan bagi aku, pasukan kegemaranku sekian lama, The Deustch aka Germany telah ditewaskan oleh Spain pagi tadi. Memang dari mula perlawanan dikuasai oleh pasukan Spain, mereka menguasai hampir separuh kawasan pertahanan Germany. Kalauah Boateng tak di keluarkan, mesti perlawanan dapat dilanjutkan hingga masa tambahan, at least la.
"owh i hate to say, gudbye German"
Pemain pertahanan Spain, Puyol menjadi wira Spain dengan memecahkan gawang kental German dengan tandukan deras hasil dari sepakan sudut. Nampaknya ulangan kekalahan German kepada Spain pada final Euro 2008 kembali semula. Niat German untuk membalas dendam atas kekalahan dahulu tidak dapat disempurnakan.
"Si gasar yang ganas huhu"
German akan bertemu dengan Uruguay pada 11 Julai untuk penentuan tempat ketiga/keempat. Semestinya kembalinya Mueller akan membantu barisan hadapan German untuk merobek gawang Uruguay. Spain pula buat pertama kalinya mara ke Final Piala Dunia untuk berhadapan dengan Belanda. Kedua-dua pasukan ini tidak pernah memenangi Piala Dunia. Tidak kisahlah siapa yang menang, janji team dari Amerika Selatan telah disingkirkan haha..