Harapan Asia, Jepun tumpas bermaruah, Sepanyol mara!!

Owh man!! Jepun kalah la pulak...
Satu-satunya harapan wakil Asia, The Blue Samurai Jepun dikecewakan dengan satu sepakan penalti sahaja apabila pertemuan 16 terakhir di antara Paraguay vs Jepun akhirnya terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti setelah aksi 90 minit kedua-dua pasukan tidak menjaringkan sebarang gol sehingga membawa kepada masa tambahan yang juga tiada jaringan dapat dilakukan.
 Paraguay vs Jepun berakhir dengan kemenangan Paraguay melalui penalti 5:3
Aksi kedua-dua pasukan yang mempunyai kekuatan serangan dan pertahanan yang kental menyebabkan banyak peluang-peluang gol dapat di nafikan oleh pertahanan pasukan masing-masing. Sepakan penalti Jepun yang diambil oleh  Yuichi Komano telah mengakibat satu-satunya wakil Asia dalam kejohan bola sepak yang berprestij ini selepas Korea Selatan yang turut tumpas juga pada dari Amerika Selatan Uruguay,  berakhir di sini sahaja dengan memberikan kemenangan kepada pasukan Paraguay mara ke suku akhir buat pertama kalinya.  Oscar Cardozo menjadi wira Paraguay apabila menyepurnakan sepakan penalti yang kelima seterusnya memberikan kegembiraan kepada skuad kendalian pengurus berbangsa Argentina, Gerardo Martino
"Ingat kito main 0-0 jo, kito nk sepakan penalti, baru thrill haha"
Villa ni memang berbisa la...
Sementara itu, perlawanan di antara dua jaguh Eropah yang dibarisi rata-ratanya Superstar Footballers, pertemuan di antara Juara Eropah Sepanyol vs Portugal berakhir dengan kemenangan Sepanyol 1-0.
 Sepanyol vs Portugal 1-0
Ulasan tak dapat diulas dengan lebih lanjut sebab aku ngantuk sangat malam tu, dah la Jepun kalah kan memang kecewa la sedikit. David Villa menjadi pemusnah Portugal apabila menjaringkan gol yang ditunggu-tunggu oleh skuad Sepanyol pada minit ke 63. Sepanyol akan bertemu dengan Paraguay pada perlawan akan datang pada 3/7 ini. Sama-sama kita nantikan perlawanan tersebut.