Showing posts with label nak. Show all posts
Showing posts with label nak. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

nak handphone ke..smart phone??

Sekarang ni ada macam-macam jenis mobile phone yang korang boleh usha kat kedai..
Ada yang murah, berpatutan dan yang mahal sampai tak ingat dunia pun ada gak..mahal betul...
PDA la, iPhone la, Blueberry la, Blackberry la.. tapi kalaula seseorang tu kaki sms macam aku..
macam tak perlu sangat kot pakai smartphone macam tu..hurm..
Nu skool vs OLD skool hehe
Ok... Yelah, sekarang ni handphone dah ada macam-macam aplikasi, kamera , video calling, kemudahan wifi, chat, online tv, GPS, Online shopping.huiyo..macam-macam la boleh buat dengan handphone sekarang ni..
Orang kata kalau tak ada handphone tu, macam tak lengkap je.. sudah menjadi sebahagian keperluan masa sekarang...
Ok back to main topic.. misalnya la, anda seorang yang kaki sms, lepas tu seorang yang biasa2 je la, tak ade lah complex sangat.. perlukah anda memiliki sebuah handphone yang bertaraf smartphone, atau cukuplah memiliki handphone biasa yang memiliki ciri-ciri basic : call, sms, clock, dan sewaktu dengannya..
Kaki + SMS
Ape kate korang??

Sunday, June 27, 2010

Nak buat website sendiri,tapi nak ubuh namaanda.com, .net tu semua

Anda mesti kadang-kadang terpikir bagaimana nak buat wesite sendiri dengan mengunakan nama domain anda sendiri contohnya gilabola.com, kangkung.net, kucaidailyday.my itu semua kan(semua domain yang disebut tu, saya main sebat je, kalau ada yang menggunakan domain tadi, minta maaf banyak-banyak ya)
Di negara kita sendiri banyak company besar yang menyediakan perkhidmatan hosting & domain anda sendiri dengan bayaran yang agak berpatutan bergantung pada fungsi yang anda sendiri inginkan, siap dengan email website anda sendiri, tak payahla menggunakan email2 free macam gmail, hotmail atau yahoomail. Syarikat-syarikat seperti Exabytes.my, E-globalhosting, webserver dan banyak lagi(anda boleh seach di search engine yahoo dan google) menyediakan perkhidmatan ini dalam pelbagai pakej-pakej yang sesuai dengan keinginan anda. Ada yang mengenakan pembayaran setiap bulan dan ada yang menggunakan pembayaran setiap satu tahun atau dua tahun. Untuk yang baru ingin berjinak-jinak ingin membeli domain dan webhosting, cukup hanya membeli pakej untuk beginner, kerana kebanyakkannya murah. Pembelian webhosting mestilah disertakan dengan pembelian domain sekali, jika tidak, sia-sia sajalah. Penggunaan .com, .net, .my, .com.my, selalunya mempunyai harga yang berlainan, bergantung pada pilihan anda hendak menggunakan yang mana satu.

Pakej webhosting ini mempunyai dua jenis iaitu Linux dan windows. Tidak semestinya pc atau laptop kita memakai windows kita tidak boleh memakai hosting Linux, dan juga yang sebaliknya. Ini kerana penggunaan hosting ini juga bergantung kepada anda sendiri disebabkan kedua-dua hosting ini mempunyai kelebihan masing-masing. Bagi saya, Linux hosting menjadi pilihan saya kerana rating yang lebih baik berbanding Windows.
Windows or Linux Hosting (Perbandingan kedua-dua hosting)

*Saya beli domain&webhosting exabytes coz pakej2 dorang antara yang termurah and servis pun bagus....