Wednesday, June 30, 2010

Jom buat COLESLAW..nyum..nyum..

Ya puan-puan, adik-adik, pakcik-pakcik semua...
Saya Chef Sasuke ingin berkongsi lah sedikit dengan anda semua bagaimana ingin menghasilkan COLESLAW yang sedap ..(ada gaya jadi Chef Wan tak)...
"Kalau masa raya ni, aku memang depan tv je, tengok Chef Wan masak"
Kita semua tahu kan yang coleslaw ini, mesti kita jumpa di KFC, Roasters kan, mesti kita pikir macam mana nak buat benda ni kan...
Macam mana diorang buat yek???..hmmm
Ok, tanpa membuang masa, saya nak kongsi dengan anda semua macam mana nak buat coleslaw.
Simple saja, tak payah kita nak bukak api pun, hanya gaul-gaul dan potong-potong saja.
Jom tengok bahan-bahan
Bahan-bahan yang wajib ada:
  • Sayur kobis (hanya 1/2 sahaja, nak buat banyak, sebiji pun boleh)
  • Mayonis (tak kisahkan brand apa, janji mayonis)
  • garam
  • dan tambahan sayur lain disyorkan lobak merah aka carrot
  • Kalau tak nak lobak merah boleh juga beili sayuran beku (carrot, jagung, kacang hijau)
  1. Potong kobis tadi sehalus yang mungkin tapi jangan blender ya, cair sangat.
  2. Kalau pakai lobak merah, potong lobak itu halus-halus juga, kalau pakai sayuran beku tak payah la nak susah-susah potong lobak tadi.
  3. Seterusnya, gaulkan kobis dan sayuran tambahan tadi dengan mayonis.
  4. Letak sedikit air, tapi jangan banyak sangat, hanya sedikit sahaja.
  5. Ubuh sedikit garam supaya coleslaw tadi tidak lah tawar sangat. Ubuh sehingga anda puas hati dengan rasa coleslaw tersebut.
  6. Letak Coleslaw di dalam peti sejuk, sebab coleslaw sedap dimakan dalam kedaan sejuk.Nyum..nyum..
Waaa..sudah siap laa..
"Ini contoh yang sudah siap, erm sedapnya"
Anda boleh cuba di rumah kalau teringin sangat nak makan coleslaw, boleh makan sebanyak yang mungkin.
Boleh buat hidangan nak berkelah ke, birthday party ke, semuanya boleh.

Selamat mencuba...

6 comments:

  1. wuhuu coleslaw homemade..simple je ek..huuhu t wt utk riri ye syg..nk rase!!!

    ReplyDelete
  2. tuh dia..saja kasi aku lapaq!

    ReplyDelete
  3. riri: simple jek..tak yah susah gi bli kat kfc..homemade nye bleh makan smpai kembung

    ReplyDelete
  4. emora:hang lapaq ke... try la baur satu..kasi family makan..mengerlip tu

    ReplyDelete
  5. ok.... akak dah jumpa pakar buat coleslow utk bbq kat pengkalan balak nanti... hehehehe....

    ReplyDelete