Friday, July 16, 2010

The return of Me!!

dah hampir seminggu blog ni tak ada apa-apa update
1...
2...
3...
4...
5...
6...
7...
Baru hari ni dapat mengadap blog ni nak update sesuatu..At least blog ni bernyawa lah sedikit kan..
Ni ada lah cerita sikit mengenai BERITA-BERITA pelik dari seluruh dunia..sumber-sumber nya adalah aku ambil dari forum-forum yang pernah aku baca.

Mesin membasuh haiwan peliharaan
LONDON - Seorang usahawan England memperkenal mesin membasuh haiwan
peliharaan Dog-O-Matic yang akan mula dipasarkan secara komersial di
Britain mulai tahun depan.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, mesin yang mirip sebuah mesin
membasuh kereta itu mampu mencuci seekor anjing yang kotor dalam tempoh
masa setengah jam.

Penciptanya, Frenchman Romain Jarry berkata, mesin itu mendapat sambutan di tempat asalnya di St Max, Nancy.
"Mesin itu tidak mengambil tempoh yang lama untuk mencuci seekor anjing cuma proses pengeringan mengambil masa lama sedikit.
"Haiwan yang hendak dicuci hanya perlu diletakkan di dalam ruang
mencuci yang disediakan dan setelah selesai haiwan itu akan keluar
dalam keadaan bersih," ujarnya.

Menurut Jarry, 31, harga untuk mencuci seekor anjing kecil adalah
£13 (RM70), anjing bersaiz sederhana, £22 (RM118) dan £31 (RM167) untuk
anjing bersaiz besar manakala kucing dicuci pada kadar anjing bersaiz
kecil.

"Kami sangat berharap ia akan mendapat sambutan hangat dan tempat-tempat lain akan mula membeli mesin itu," katanya. - Agensi

 "sian anjing tu hehe.."

Isteri ku pelakon DVD lucah
TAIPEI - Seorang tukang kayu di Taiwan tergamam apabila mendapati
cakera video digital (DVD) lucah yang dibelinya mengandungi klip
rakaman hubungan sulit isterinya dengan seorang rakannya, lapor sebuah
akhbar semalam.

Tukang kayu yang hanya dikenali dengan nama Lee itu menyaksikan
isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain menerusi DVD pada
tahun 2002.

Aksi isterinya itu dirakam dengan menggunakan kamera tersembunyi.
Lee yang tinggal di Taoyuan, Taipei bertindak menceraikan isterinya
sejurus melihat DVD berkenaan manakala rakannya yang merupakan seorang
peniaga daging menghilangkan diri dari kampung.

Pada bulan Ogos 2008, Lee mengesan peniaga daging itu berada di
bandar Chungli dan bertindak menemui lelaki tersebut dengan membawa
sebilah pisau dan menikamnya di pinggang.

Peniaga daging itu kemudiannya membuat tuntutan saman ke atas Lee kerana menyebabkan kecederaan dalaman ke atas dirinya.
Lee tidak dapat menyaman balik peniaga daging itu atas dakwaan berzina kerana kes tersebut sudah berlanjutan selama lima tahun.
Pendakwa raya kemudian meminta kedua-dua lelaki itu melakukan
penyelesaian di luar mahkamah tetapi mereka gagal berbuat demikian.

Berikutan itu, Lee didakwa kelmarin kerana menyebabkan kecederaan terhadap seorang individu. - Agensi


Baju kecil nak kuruskan badan
 LONDON - Satu tinjauan mendapati ramai wanita Britain membazirkan
wang berbilion-bilion dolar dengan membeli pakaian lebih kecil
berbanding ukuran badan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Tinjauan kelolaan peruncit ubat-ubatan tempatan, Lloydspharmacy,
menunjukkan fenomena tersebut sudah lama berlaku dan melibatkan
sejumlah besar wanita Britain.

Menurut tinjauan berkenaan, pakaian saiz kecil itu sebaliknya
dijadikan inspirasi untuk mereka menguruskan badan dan berharap dapat
memakainya suatu hari nanti.

Tinjauan yang dilakukan baru-baru ini itu melibatkan 2,500 responden di negara berkenaan.
Ia menyatakan sekurang-kurangnya empat daripada lima wanita Britain melakukan pembelian membazir tersebut.
Menurut perangkaannya, wanita Britain membelanjakan purata AS$5.6 bilion (RM19.9 bilion) setahun untuk berbuat demikian.
Jumlah itu melibatkan kira-kira 24 juta blaus, skirt, dres dan kasut
yang dibeli tetapi akhirnya disimpan dalam almari mereka. - Agensi


Ragam Lily Allen...
SWINDON - Penyanyi terkenal, Lily Allen bergurau dengan menyatakan
dia mungkin akan melakukan persembahan dalam keadaan bogel, lapor
sebuah akhbar semalam.

Lily turut berimaginasi mahu penonton-penontonnya berbogel sama
ketika dia melakukan persembahan dalam keadaan tanpa memakai sebarang
pakaian.

"Saya tidak tahu pakaian apa yang perlu dipakai menyebabkan saya berpendapat saya perlu berbogel," katanya kepada stesen radio Perbadanan Penyiaran British (BBC) di Swindon, England.
"Secara faktanya, saya menganggap setiap orang yang menyaksikan persembahan saya perlu bersama-sama berbogel.
"Saya mahu melihat semua penonton berbogel," katanya yang popular dengan lagu Smile.
Sebelum ini BBC mengharamkan dia menyanyi dengan menggunakan
sebaris ayat dalam sebuah lagunya kerana dianggap mempunyai unsur-unsur
lucah. - Agensi




 

No comments:

Post a Comment