Thursday, July 8, 2010

Straight Edge!! apa itu??

Yup... Straight Edge, agak-agak korang pernah dengar tak dari tv ke, kawan-kawan ke, magazine ke ape. Korang tahu makna Straight Edge. Jom kita melihat lebih dalam lagi apa itu lagi Straight Edge!!
---------------------------------------------------------------------------------
 "Pride, Friends and Family"
 
Straight Edge adalah satu budaya yang ada berkait rapat dengan Hardcore Punk, muncul pada sekitar 1980-an di mana perkataan ini diambil dari judul lagu kumpulan Hardcore Punk, Minor Threat. Konsep Straight Edge ialah mengamalkan cara hidup yang sihat iaitu NO DRUGS, NO DRUGS, NO TOBACCO, NO FREE SEX, dan ada pula yang mengamalkan vegan, iaitu diet vegeterian.
SxE, XXX..what's dat...
Straight Edge juga boleh ditulis dalam singkatan SxE, dalam analogi Hardcore Punk ia ditulis HxC. Pernah tak tengok di myspace, facebook, user-user menggunakan simbol x pada nama diorang. Hmm... mesti korang nak tau apa maksudnya. Contohnya macam, xhydex, ameerXhafizi, XarilXhanafiX, mereka ni mungkin antara penyokong atau pengamal Straight Edge. Ada juga band-band Hardcore menggunakan simbol x pada nama band masing, macam xAFBx, xTyrantx. Jangan salah sangka tau, Straight Edge bukan nya agama baru, ia sejenis diet atau pendirian seseorang. Tapi ramai sekarang ni yang ubuh lambang x pada nama diorang walhal poser je lebih.Lepas ni aku gune SxE jelah ye, letih nak taip panjang2...
Straight Edge di Malaysia!!
Sxe di Malaysia rasanya sudah lama bertapak di Malaysia, mungkin dalam era 90-an, kumpulan Hardcore Punk seperti Second Combat antara pemangkin pejuang muzik yang memperjuangkan SxE Culture. Menerusi muzik, band muzik ini memperjuangkan apa itu SxE, cara hidup positif, masalah-masalah dunia, dan isu-isu semasa sebagai tema lirik lagu mereka. Antara band-band SxE Malaysia xElevenx, Xkids on the moveX, Channel X, Disaster Funhouse, LastxMinute, dan banyak lagi.
Jom join komuniti Myspace SxE Malaysia

So..sapa-sapa yang susah sangat nak berhenti merokok tu, join la komuniti SxE ni, untung-untung boleh berhenti merokok, sebab SxE mementingkan maruah yang tinggi.





No comments:

Post a Comment