Tuesday, July 6, 2010

Tips penjagaan kucing kesayangan

Anda semua suka tak kucing, tidak kisah la kucing siam ke, kucing parsi ke, kucing Malaysia ke, yang penting kita semua wajib menyayangi mahkluk comel ini yang disayangi oleh Rasulullah S.A.W..  
Macammana yek nak bela kucing....
 "Saya ni kucing omputih, mate saya biru huhu"
Kalau kamu semua hendak membela kucing,  kenalah bela dengan penuh bertanggungjawab. Tak bolehlah bela-bela macam tu saja. Segala aspek-aspek untuk menjaga kucing mestilah di titik beratkan supaya kucing kita sentiasa sihat, bersih dan cergas.
Ada beberapa tips yang ingin di kongsi di sini:
Kucing pun kena ada diet diorang sendiri la...
Semestinya hendaklah diberi makanan yang berkhasiat..
Makanan berminyak seperti ikan goreng tidak bagus untuk kucing..so, tidak digalakkan
Tidak semua makanan kucing sesuai untuk kucing kita, jangan lah bagi sebarangan, minta pendapat pakar veterinar. Whiskas salah satu jenama makanan kucing yang bagus yang disyorkan oleh pakar veterinar.
  "Punyalah sedap whiskas sampai tikus pun nak"
Jika tidak, menurut pakar veterinar dan para pembela kucing, certain makanan kucing boleh menyebabkan penyakit batu karang kepada kucing. Kucing pun boleh kena batu karang kan, ingat manusia je ke...
Macam manusia juga, lepas makan, jangan lupa beri air minum kepada kucing, lagi bagus beri susu untuk mereka.
Jika anda ada mempunyai wang lebih, apa salahnya beri vitamin tambahan kepada kucing anda. Vitamin haiwan boleh dibeli di klinik veterinar.
Cat grooming..bersolek huhu
Bila sudah membela kucing, janganlah dilupakan kekemasan kucing-kucing anda. Mestilah dibersihkan mereka supaya tidak dijangkiti kutu dan penyakit.
Telinga-Mestilah dibersihkan selalu, jangan dibiarkan ia sampai hitam, kutu bukan sahaja ada di badan sahaja,malah di telinga. Kalau tidak kesian kucing tu tergaru-garu. Guna kapas yang lembut dan bersihkan perlahan-lahan sehingga bersih.
Mata dan hidung-Jika mata kucing itu berair atau ada tahi mata, mungkin kucing itu sakit. Bersihkan ia dan segera berjumpa veterinar, mungkin juga kucing tersebut demam atau sakit. Jangan sesekali pandai-pandai beri panadol kepada kucing anda, kerana ia tidak sesuai dan boleh membawa keracunan.
Kuku-Seelok-eloknya, potong kuku kucing anda. Tetapi jangan sampai ke pangkal kuku, hanya potong bahagian yang tajam sahaja, lebih-lebih lagi anak-anak kucing. Diorang kan aktif dan mencakar.OUCHH
Bulu-Jika bulu kucing anda mudah gugur, kemungkinan ada hama di bulu tersebut, bawalah degera berjumpa berubat dengan veterinar. Amalkan memandikan kucing anda dengan shampu mandian khas kucing sahaja kerana ia bagus untuk menyingkirkan kutu dari badan kucing.
Nak mandikan kucing tuang air camtu jeke....
Sewaktu memandikan kucing, elakkan dari air masuk ke telinga, dan ebih elok juga guna air yang lebih suam supaya tidak kesejukan.
"Tak nak mandi lah..sejuk tu rrrrrrr"
Keringkan dengan tuala selepas mandi, takpun keringkan dengan hairdryer. Kalau malas hendak mandikan sendiri, hantar sahaja ke pusat penjagaan haiwan atau klinik veterinar, tapi berbayar lah.
Kucing pun macam kita gak, I want freedom!!
Kalau anda sayangkan kucing anda, biarlah mereka bebas bergerak, bagi ruang untuk mereka bermain. Janganlah dikurungkan kucing anda dalam kurungan, kucing pun boleh mati akibat stress.Doktor yang cakap tau..

                       "Stress nye aku aii"                                   "Mang ai sodap tul la santai kat sinki ni"
Haa..the important thing ni..
Anda mesti tak nak kan kucing anda berak merata-rata, latih la mereka supaya kecing atau berak di tempat-tempat tertentu. Belilah catsand untuk tempat 'pelabuuran mereka' supaya rumah kita pun bersih.Apa yang bagus dengan catsand ini, ia boleh mengurangkan bau buangan kucing ini. Alaa... bukan mahal mane pun
Kasi BCG kat kucing.haa BCG!!
Bukan BCG kawan-kawan, kucing-kucing ini juga perlukan imunisasi seperti kita juga. Dapatkan suntikan vaksin untuk kucing anda di mana-mana klinik haiwan untuk mengelakkan kucing kesayangan kita dari selalu jatuh sakit.

2 comments:

  1. pelik la kucing sy ni dia suka sgt uk kat kain dia tido,,, puas da aja,,, tak mahu gak,,, adush,,, da la tu dia ble tido plak kat ats kain tu lagi,,,, da kn mandi kerap,,, takpe ke diorg ni kn mndi kerap sgt

    ReplyDelete