Saturday, July 31, 2010

Red Giant juara TM liga Super 2010

The Red Giant, Selangor sekali lagi menjadi juara TM Liga Super 2010 selepas menumpaskan Terengganu 2-0 pada perlawanan sebentar tadi. 2 gol sahaja sudah cukup untuk Selangor menempa nama sebagai juara pada edisi kali ini.
Apa macam, ada gaya macam penulis surat khabar tak hehe..
Selangor memang layak untuk menjadi juara TM Liga Super tahun ni, dari prestasi cemerlang dorang sepanjang kempen TM Liga Super...
Congrats Selangor!!
Malam ni pun aku seronok gak, coz team kesayangan aku, Skuad Hobin Jang Hobin membelasah Pahang 4-0 di STAR of Paroi. Sudah patinya Negeri Sembilan akan melonjak ke tempat kelima ekoran kekalahan Kedah kepada Perak 1-0 pada malam ni juga..
Hobin Jang Hobin yeah!!

Friday, July 30, 2010

dulu lain, sekarang lain

Hurm, apa yang lain ni..apa yang dulu, apa yang sekarang..
Haa... sapa rasa2 dari era 1985 - 1992... korang rasa masa korang primary school kan..
Mesti korang layan, pokemon la, digimon la, maskman la, flasman, power rangers kan..
facebook ke, blog ke, masing-masing dah ada mobile phone, blueberry, iphone..korang tak kenal lagi masa tu..nak on9 internet pun masih terkial-kial lagi..
 Budak-budak sekarang dah pandai layan ni dah, sekolah rendah dah main ni..hebat2
 Zaman-zaman aku dulu, ni la yang menjadi kegilaan ramai hehe.
 Memang lain la bila aku buat perhatian budak-budak era aku  dengan budak-budak sekarang..
dari segi gaya hidup, tahap pemikiran, kesengalan perangai masing-masing, sosial...
Tapi bila cakap-cakap pasal budak dulu-dulu, mesti korang rindu kan zaman korang kecil-kecil..
hehe..sekadar memberi pandangan ye...


Wednesday, July 28, 2010

Basuh pakai tangan ke, atau basuh pakai mesin hurm!!!

Ok, rasa-rasa korang la, mane yang korang lebih prefer..
basuh baju pakai tangan ke, means sental pakai baju berus..
ataupun pakai washing machine, masuk baju, ubuh air, n then set masa..GO!!!
Mane yang korang prefer ni..
Kalaulah basuh pakai tangan..
Ni selalunya student dekat asrama lah, satu sebab murah dan jimat.. Kalau tak kena lah hantar kat kedai dobi ke, takpun masuk dalam washing machine Rm2.00, huhu pembaziran tu...
Dari segi kebersihan, hmm, maybe bersih lagi kot, korang pun puas hati, sebab korang yang basuh sendiri..
Kalaulah basuh pakai washing machine..
Haa, boleh lah menjimatkan masa, boleh juga buat kerja lain kan masa nak tunggu tu kan..
Selain tu, kalau nak basuh baju secara banyak pun boleh, tak adalah letih nak sental banyak-banyak tu kan.
Ni memang sesuai sangat dengan orang yang memang buzy ni..

Kalau korang pula macamana, pakai tangan ke, mesin???

Menang pun kene kondem lagi...

Tak tau la nak cakap apa lagi, baru-baru ni kan Skuad Malaysia kesayangan kita menang 1-0 perlawanan persahabatan dengan skuad olimpik Korea Selatan.. tapi masih lagi ramai orang-orang Malaysia yang lahir di Malaysia, ber IC biru, minum teh tarik, makan roti canai,nasi lemak yang tak habis-habis kondem team Malaysia ni.
Bukannya nak puji, atau senyum ke, at least gembira sikit la .. kondem lagi adela..
"Boleh tahan juga-Petikan dari KOSMO edisi 26hb Julai 2010"
Tak payah nak tengok berita, atau tengok tv sapa yang kaki kondem Team Malaysia ni..
Search je kat Facebook grup Presiden FAM sila letak jawatan!!!!, yang kutuk-kutuk tu pun orang Malaysia la juga yang entah ape dia nyampah sangat..
Walaupun berapa kerat, biarlah ini permulaan..
Biar lah rangking Malaysia 1000 ke, 2000 ke.. aku tetap sokong Malaysia,
kalau kita tak sokong, sapa lagi nak sokongkan...

Monday, July 26, 2010

3 in 1 bahaya??

Muka depan Akhbar Kosmo punya front entry hari ini, bahaya ke produk-produk 3 in 1 ni...
Aduh, mesti ramai yang terkejut kan, majoriti masyarakat Malaysia menggunakan produk 3 in 1 ni kan, termasuk lah kita-kita ni semua, especially Student..
"Antara produk minuman 3 in 1 yang digemari ramai"
Dari petikan Kosmo...
“Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin ia boleh menimbulkan masalah,” katanya semasa ditemu bual oleh pengecara Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas menerusi Radio 24 hari ini.
Kepada sape-sape yang kaki 3 in 1 ni, kalau boleh kurangkan lah pengambilannya ya, sayangilah kesihatan anda ni.. 
Nasib baik lah aku tak gemar sangat fuh..

Sunday, July 25, 2010

Pertumpahan darah Harimau Malaya!!

Dun  worry, tak ada sesiapa yang berdarah Ahad ni, saje je kasi kasi entri post ni menggerunkan sedikit..
Dah 2 hari, aku tak post ape-ape kat blog ni, buzy sedikit, semalam ada hal , BBQ satu kelas kat Pengkalan Balak Melaka..syiok woo..Ok back to the topic..
Seperti yang kita tahu, malam ni Malaysia lawan Korea Selatan, di Stadium Nasional Bukit Jalil..
Tak dinafikan, memang ramai malam ni peminat setia Malaysia, Ultra Malaya akan membanjiri stadium malam ni.
Haaa aku tak dapat pergi, penat semalam tak hilang lagi nii..
Aku mendoakan agar skuad bola sepak Malaysia dapat mengalahkan Korea Selatan hopefully, seri pun Ok juga lah, ..

Rasa-rasa ada live tak malam ni..urm..

Thursday, July 22, 2010

Jom join YouthSays Malaysia !!

Mula-mula aku tengok benda ni, benda apa ni yek..
YouthSays ni dari segi pemahaman aku lah, macam satu komuniti social ala FB, MS tu semua Yeke..hehe
Dalam web YS ni, kita boleh buat survey(hmm bagus tu kalau nak buat assignment ni, tak payah nak cara manual punya), boleh buat poll, advertising, ask a question, haa yang paling syok...
Kita promote campaign ads yang mane, setiap unique je, dapat MYR 0.20, kalau ramai yang klik, hui untung woo..
"Get rewarded for your say, JOM JOIN yeah!!"
Aku pun dah sign up YouthSays ni, dah support 2 campaign dah pun..
Harap sudi-sudi lah click 2 campaign hamba ini ya..Plzz .. u are my friend right hehe
click this :
and this too

Wednesday, July 21, 2010

Kedai makan Pak Omar, terbaek!!

Pak Omar mana ni, jengjeng, Kedai Pak Omar ni terletak di Pekan Durian Tunggal, berhadapan dengan Balai Polis Durian Tunggal, Melaka.
Kedai dia tak adalah besar mana pun, sederhana sahaja tapi yang specialnya, mee bandung dia, terbaek..
Tu tadua mee bandung die, pekat dan lazat umphh!!
Bila first time makan kat sini, tak tau pula kedai ni paper, menurut dari helaian paper yang ada kat atas meja cashier Pak Omar tu, satu hari niaga boeh dapat RM 600, pergh bayangkan kalau sebulan..$$$$$$KAYAS pak cik$$$$$$
Selain MEE BANDUNG???
Selain tu juga, adalah goreng-goreng, ada kueytiaw goreng, mee goreng, bihun goreng, roti apa semua, semua adalah senang cakap. Pak Omar ni pun ramah orangnya, membuat kalau pengunjung makan di kedai beliau, selesa dan senang hati. Perut Kenyang..Hati pun senang....
Ni sedikit gambar semasa menjamu selera di kedai Pak Omar...
Aiseyhman, gambar Pak Omar tak adelah haha..

Tuesday, July 20, 2010

Yeah..Malaysia lawan Korea Selatan

Kalau aku dapat pergi ahad ni tengok match ni, memang seluruh jiwa raga aku curahkan hehe..
mana taknya, Malaysia lawan Korea Selatan tu, team yang sampai round of 16 Piala Dunia baru-baru ini..
Style ar Gambar ni...
Ni sebenarnya adalah perlawanan persahabatan untuk skuad Harimau Malaya untuk next big event lagi, hopefully malaysia boleh manfaatkan this match supaya lebih maju ke hadapan
HARIMAU MALAYA AUMMM!!!
Sapa-sapa nak pergi tu ajak ramai-ramai ya, Insyaallah aku pun nak pergi sangat ni , big event ni, tak boleh lepaskan peluang, tiket RM10 dan RM30,
Malaysia vs South Korea Live at Bukit Jalil National Stadium
Jom ramai-ramai penuhkan stadium, penuhkan stadium dengan warna hitam kuning yeah!!
MALAYSIA BOLEH!!!

Dunia Baru Series Reunion!!

Sapa tak kenal drama series remaja yang famous ni, Opie, Tajul, Madihah, Adif, Anizah kembali beraksi dalam Dunia Baru Series : Reunion. Haha, kelakar betul cerita ni...
"Nak tengok gi lah kat portal Gua.com.my, layan dari awal baru syiok!!"
Nasib baik lah ada downloadhelper, bolehlah aku download simpan wat koleksi dalam external disk aku..
  "watak fav aku si Tajul businessman ni ha"
Jangan lepaskan peluang menonton series ni, apa susah, internet ada, bukak je GUA.COM.MY...
LAYAN....

Sunday, July 18, 2010

Hobin Jang hobin!!

Wan Jamak cakap haritu, Negeri Sembilan target nak jadi Top 5 Liga Super(MSL) sebab ya lah kan, masa mula-mula dulu nak jadi juara liga hehe..
Takpe-takpe, dapat menang piala Malaysia one more time pun ok gak...
"Ni gambar-gambar masa menang final PM 2009, syoknye..tak boleh dilupakan"
Ditambah dengan menang Piala FA pulak, memang menggila fans N9, tapi masa tu la ramai, dah jatuh ni mana pergi diorang ni huhu.. tapi takpe jang, tahun ni defend PM 2010 pulak...
"Ni masa piala FA 2010, sungguh mengharuka"
Minta-mintalah N9 oleh up balik, tak dapat liga super, dapat piala Malaysia pun jadi.. Jadi lah, dulik la liga super tu...hehe..Ni ha, buat waghih-waghih Nogori, kedudukan team kita sekarang, bolehke jadi top 5, hopefully la..
Aiya Paul, ekau kobar ngori monang, mbongak la ko haha..

Best tul la lagu Jepun!!

Yup.. kalu kita tengok anime-anime mesti ada lagu opening(OP) dan ending(ED) dorang kan..
Mesti korang suka la dengar lagu tu sampai nak download kan..
Apa yek yang membuat lagu tu macam best je kita dengar

Sepanjang aku hidup ni, fav anime tak payah cerita lah, sapa tak kenal NARUTO, haha..
cool habis kan anime series ni, dari manga, model aksi, cosplay semuanya laku macam pisang panas...
Dalam banyak-banyak lagu theme OP dan ED Naruto ni, ni ada beberapa lagu yang aku minat:
-Orange Range ~ Viva Rock-Japanese sise-
-Raico ~ ALIVE
-Asia Kung-fu Generation ~ Haruka kanata
-Akeboshi ~ Wind
-Rythem ~ Harmonia
-Flow ~ Go!!!
-Flow ~ Re:member
-Tasuku ~ Kanashimi wo yasashisa ni
                              FLOW                      ASIA KUNG FU GENERATION

                      ORANGE RANGE                             RAICO
Selain itu, aku pun minat anime macam bleach, fullmetal alchemist, death note, gundam, dragon ball.. etc..
anime yang baru-baru ni aku tak berapa up to date sangat.

Lagu-lagu theme anime yang kat atas ni pun best gak, aku suggest kat korang semua...
-L`Arc en Ciel ~ Link, Ready Steady Go, Lost heaven, Daysbreak bell
-Nightmare ~ Raven Loud Speeeaker
-The Brilliant Green ~ Ash like snow
-High & Mighty Color ~ Ichirin no hana
-Field of View ~ Dan dan kokoro hikareteku
Try la dengar lagu-lagu ni, syok woo..
Kalu korang nak suggest kat aku pun boleh juga, lagu-lagu jepun yang korang suka tak kisah la ada dalam anime ke tak ke...

Friday, July 16, 2010

The return of Me!!

dah hampir seminggu blog ni tak ada apa-apa update
1...
2...
3...
4...
5...
6...
7...
Baru hari ni dapat mengadap blog ni nak update sesuatu..At least blog ni bernyawa lah sedikit kan..
Ni ada lah cerita sikit mengenai BERITA-BERITA pelik dari seluruh dunia..sumber-sumber nya adalah aku ambil dari forum-forum yang pernah aku baca.

Mesin membasuh haiwan peliharaan
LONDON - Seorang usahawan England memperkenal mesin membasuh haiwan
peliharaan Dog-O-Matic yang akan mula dipasarkan secara komersial di
Britain mulai tahun depan.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, mesin yang mirip sebuah mesin
membasuh kereta itu mampu mencuci seekor anjing yang kotor dalam tempoh
masa setengah jam.

Penciptanya, Frenchman Romain Jarry berkata, mesin itu mendapat sambutan di tempat asalnya di St Max, Nancy.
"Mesin itu tidak mengambil tempoh yang lama untuk mencuci seekor anjing cuma proses pengeringan mengambil masa lama sedikit.
"Haiwan yang hendak dicuci hanya perlu diletakkan di dalam ruang
mencuci yang disediakan dan setelah selesai haiwan itu akan keluar
dalam keadaan bersih," ujarnya.

Menurut Jarry, 31, harga untuk mencuci seekor anjing kecil adalah
£13 (RM70), anjing bersaiz sederhana, £22 (RM118) dan £31 (RM167) untuk
anjing bersaiz besar manakala kucing dicuci pada kadar anjing bersaiz
kecil.

"Kami sangat berharap ia akan mendapat sambutan hangat dan tempat-tempat lain akan mula membeli mesin itu," katanya. - Agensi

 "sian anjing tu hehe.."

Isteri ku pelakon DVD lucah
TAIPEI - Seorang tukang kayu di Taiwan tergamam apabila mendapati
cakera video digital (DVD) lucah yang dibelinya mengandungi klip
rakaman hubungan sulit isterinya dengan seorang rakannya, lapor sebuah
akhbar semalam.

Tukang kayu yang hanya dikenali dengan nama Lee itu menyaksikan
isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain menerusi DVD pada
tahun 2002.

Aksi isterinya itu dirakam dengan menggunakan kamera tersembunyi.
Lee yang tinggal di Taoyuan, Taipei bertindak menceraikan isterinya
sejurus melihat DVD berkenaan manakala rakannya yang merupakan seorang
peniaga daging menghilangkan diri dari kampung.

Pada bulan Ogos 2008, Lee mengesan peniaga daging itu berada di
bandar Chungli dan bertindak menemui lelaki tersebut dengan membawa
sebilah pisau dan menikamnya di pinggang.

Peniaga daging itu kemudiannya membuat tuntutan saman ke atas Lee kerana menyebabkan kecederaan dalaman ke atas dirinya.
Lee tidak dapat menyaman balik peniaga daging itu atas dakwaan berzina kerana kes tersebut sudah berlanjutan selama lima tahun.
Pendakwa raya kemudian meminta kedua-dua lelaki itu melakukan
penyelesaian di luar mahkamah tetapi mereka gagal berbuat demikian.

Berikutan itu, Lee didakwa kelmarin kerana menyebabkan kecederaan terhadap seorang individu. - Agensi


Baju kecil nak kuruskan badan
 LONDON - Satu tinjauan mendapati ramai wanita Britain membazirkan
wang berbilion-bilion dolar dengan membeli pakaian lebih kecil
berbanding ukuran badan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Tinjauan kelolaan peruncit ubat-ubatan tempatan, Lloydspharmacy,
menunjukkan fenomena tersebut sudah lama berlaku dan melibatkan
sejumlah besar wanita Britain.

Menurut tinjauan berkenaan, pakaian saiz kecil itu sebaliknya
dijadikan inspirasi untuk mereka menguruskan badan dan berharap dapat
memakainya suatu hari nanti.

Tinjauan yang dilakukan baru-baru ini itu melibatkan 2,500 responden di negara berkenaan.
Ia menyatakan sekurang-kurangnya empat daripada lima wanita Britain melakukan pembelian membazir tersebut.
Menurut perangkaannya, wanita Britain membelanjakan purata AS$5.6 bilion (RM19.9 bilion) setahun untuk berbuat demikian.
Jumlah itu melibatkan kira-kira 24 juta blaus, skirt, dres dan kasut
yang dibeli tetapi akhirnya disimpan dalam almari mereka. - Agensi


Ragam Lily Allen...
SWINDON - Penyanyi terkenal, Lily Allen bergurau dengan menyatakan
dia mungkin akan melakukan persembahan dalam keadaan bogel, lapor
sebuah akhbar semalam.

Lily turut berimaginasi mahu penonton-penontonnya berbogel sama
ketika dia melakukan persembahan dalam keadaan tanpa memakai sebarang
pakaian.

"Saya tidak tahu pakaian apa yang perlu dipakai menyebabkan saya berpendapat saya perlu berbogel," katanya kepada stesen radio Perbadanan Penyiaran British (BBC) di Swindon, England.
"Secara faktanya, saya menganggap setiap orang yang menyaksikan persembahan saya perlu bersama-sama berbogel.
"Saya mahu melihat semua penonton berbogel," katanya yang popular dengan lagu Smile.
Sebelum ini BBC mengharamkan dia menyanyi dengan menggunakan
sebaris ayat dalam sebuah lagunya kerana dianggap mempunyai unsur-unsur
lucah. - Agensi




 

Saturday, July 10, 2010

Kecik-kecik dah hisap rokok ish ish..

Sebelum ni member aku pernah bagi tahu pasal video ni. Tapi malam ni aku terdetik pula nak surf youtube nak lihat kebenaran video tersebut.
------------------------------------------------------------------------------------

Memang terkejut bila first time tengok video ni, memang dasyat..
macam pro dah aku tengok budak ni..


info:Seorang balita di Musi Banyiasin, Sulsel, menghabis empat bungkus rokok dalam sehari. Balita berusia 2,5 tahun ini mulai merokok sejak berusia 1,5 tahun.(aku copy description kat situ je)

Bukan ini saja tau, ni ade lagi satu budak kecil di Malang, Indonesia hisap rokok sambil bersembang dengan orang yang lebih dewasa dari dia sendiri. p/s: siap buat O lagi asap die

Apa nak jadi lah zaman sekarang ni, bayi pun dah hisap rokok. Patutnya minum susu tepung ke, susu gantung ke, nestum ke. Rokok juga yang dihisap.

Renung-renungkan lah...

Thursday, July 8, 2010

Ramalan Spain vs Netherlands di Final WC 2010

Terdetik aku nak berkongsi this HOT story kan, yelah world cup pun dah sampai kemuncak iaitu pertembungan antara Spain (ESP) menentang Netherlands (NED) di pentas final. Ramai yang mennjangkakan Spain akan menang 2-1.


"David Villa vs Wesley Sneijder..sapa akan menjadi hero negara masing-masing"
Sebenarnya aku hari ini aku bangun pagi, tertengok MHI tentang final WC Spain vs Netherlands. Macam yang dijangkakan. Spain menjadi pilihan tetamu pada hari itu, aku kenal Fizo Omar saja, dia pun pilih Spain, siap pakai jersey lagi.
"Aku rase Spain la menang 2-1Hoyeah!! Viva la espana"
Aku nak jadi Paul jap la, aku rase Spain menang la rasenye...
Walaupun aku masih berkabung dengan kecundangnya Germany di tangan Spain Khamis lalu, Spain memang berpeluang untuk menang edisi WC tahun ni.

Bukan nak kata Netherlands tak boleh menang, mereka bagus, menang semua perlawanan, termasuk menundukkan jaguh Amerika Selatan, Brazil pada suku akhir.Impressive...
A little bit unlucky for Netherlands kerana bertemu Spain yang diakui memang power bangat.. kebanyakkan pemain mereka datang dari kelab-kelab Spain sendiri seperti Barcelona, Real Madrid, etc..
Gud luck both of Teams..
Anyway, team fav aku, Germany dah tak masuk final, sukar nak aku percaya. Mungkin malas dah nak tengok kot final ni, tapi tengok la dulu, harap-harap game ni game yang best dan penuh dengan debaran, kalau boleh biar la menang 3-2 ke, 3-1 ke.Nak buat macam Germany, tak dapat kot.Kalau la Germany dapat pergi final, dapatla Klose kasut emas

"Milik siapakah..gadis ini..haha..silap2, piala ini.Ni  kalau jual kaya aku ni"

Straight Edge!! apa itu??

Yup... Straight Edge, agak-agak korang pernah dengar tak dari tv ke, kawan-kawan ke, magazine ke ape. Korang tahu makna Straight Edge. Jom kita melihat lebih dalam lagi apa itu lagi Straight Edge!!
---------------------------------------------------------------------------------
 "Pride, Friends and Family"
 
Straight Edge adalah satu budaya yang ada berkait rapat dengan Hardcore Punk, muncul pada sekitar 1980-an di mana perkataan ini diambil dari judul lagu kumpulan Hardcore Punk, Minor Threat. Konsep Straight Edge ialah mengamalkan cara hidup yang sihat iaitu NO DRUGS, NO DRUGS, NO TOBACCO, NO FREE SEX, dan ada pula yang mengamalkan vegan, iaitu diet vegeterian.
SxE, XXX..what's dat...
Straight Edge juga boleh ditulis dalam singkatan SxE, dalam analogi Hardcore Punk ia ditulis HxC. Pernah tak tengok di myspace, facebook, user-user menggunakan simbol x pada nama diorang. Hmm... mesti korang nak tau apa maksudnya. Contohnya macam, xhydex, ameerXhafizi, XarilXhanafiX, mereka ni mungkin antara penyokong atau pengamal Straight Edge. Ada juga band-band Hardcore menggunakan simbol x pada nama band masing, macam xAFBx, xTyrantx. Jangan salah sangka tau, Straight Edge bukan nya agama baru, ia sejenis diet atau pendirian seseorang. Tapi ramai sekarang ni yang ubuh lambang x pada nama diorang walhal poser je lebih.Lepas ni aku gune SxE jelah ye, letih nak taip panjang2...
Straight Edge di Malaysia!!
Sxe di Malaysia rasanya sudah lama bertapak di Malaysia, mungkin dalam era 90-an, kumpulan Hardcore Punk seperti Second Combat antara pemangkin pejuang muzik yang memperjuangkan SxE Culture. Menerusi muzik, band muzik ini memperjuangkan apa itu SxE, cara hidup positif, masalah-masalah dunia, dan isu-isu semasa sebagai tema lirik lagu mereka. Antara band-band SxE Malaysia xElevenx, Xkids on the moveX, Channel X, Disaster Funhouse, LastxMinute, dan banyak lagi.
Jom join komuniti Myspace SxE Malaysia

So..sapa-sapa yang susah sangat nak berhenti merokok tu, join la komuniti SxE ni, untung-untung boleh berhenti merokok, sebab SxE mementingkan maruah yang tinggi.