Sunday, July 18, 2010

Best tul la lagu Jepun!!

Yup.. kalu kita tengok anime-anime mesti ada lagu opening(OP) dan ending(ED) dorang kan..
Mesti korang suka la dengar lagu tu sampai nak download kan..
Apa yek yang membuat lagu tu macam best je kita dengar

Sepanjang aku hidup ni, fav anime tak payah cerita lah, sapa tak kenal NARUTO, haha..
cool habis kan anime series ni, dari manga, model aksi, cosplay semuanya laku macam pisang panas...
Dalam banyak-banyak lagu theme OP dan ED Naruto ni, ni ada beberapa lagu yang aku minat:
-Orange Range ~ Viva Rock-Japanese sise-
-Raico ~ ALIVE
-Asia Kung-fu Generation ~ Haruka kanata
-Akeboshi ~ Wind
-Rythem ~ Harmonia
-Flow ~ Go!!!
-Flow ~ Re:member
-Tasuku ~ Kanashimi wo yasashisa ni
                              FLOW                      ASIA KUNG FU GENERATION

                      ORANGE RANGE                             RAICO
Selain itu, aku pun minat anime macam bleach, fullmetal alchemist, death note, gundam, dragon ball.. etc..
anime yang baru-baru ni aku tak berapa up to date sangat.

Lagu-lagu theme anime yang kat atas ni pun best gak, aku suggest kat korang semua...
-L`Arc en Ciel ~ Link, Ready Steady Go, Lost heaven, Daysbreak bell
-Nightmare ~ Raven Loud Speeeaker
-The Brilliant Green ~ Ash like snow
-High & Mighty Color ~ Ichirin no hana
-Field of View ~ Dan dan kokoro hikareteku
Try la dengar lagu-lagu ni, syok woo..
Kalu korang nak suggest kat aku pun boleh juga, lagu-lagu jepun yang korang suka tak kisah la ada dalam anime ke tak ke...

Friday, July 16, 2010

The return of Me!!

dah hampir seminggu blog ni tak ada apa-apa update
1...
2...
3...
4...
5...
6...
7...
Baru hari ni dapat mengadap blog ni nak update sesuatu..At least blog ni bernyawa lah sedikit kan..
Ni ada lah cerita sikit mengenai BERITA-BERITA pelik dari seluruh dunia..sumber-sumber nya adalah aku ambil dari forum-forum yang pernah aku baca.

Mesin membasuh haiwan peliharaan
LONDON - Seorang usahawan England memperkenal mesin membasuh haiwan
peliharaan Dog-O-Matic yang akan mula dipasarkan secara komersial di
Britain mulai tahun depan.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, mesin yang mirip sebuah mesin
membasuh kereta itu mampu mencuci seekor anjing yang kotor dalam tempoh
masa setengah jam.

Penciptanya, Frenchman Romain Jarry berkata, mesin itu mendapat sambutan di tempat asalnya di St Max, Nancy.
"Mesin itu tidak mengambil tempoh yang lama untuk mencuci seekor anjing cuma proses pengeringan mengambil masa lama sedikit.
"Haiwan yang hendak dicuci hanya perlu diletakkan di dalam ruang
mencuci yang disediakan dan setelah selesai haiwan itu akan keluar
dalam keadaan bersih," ujarnya.

Menurut Jarry, 31, harga untuk mencuci seekor anjing kecil adalah
£13 (RM70), anjing bersaiz sederhana, £22 (RM118) dan £31 (RM167) untuk
anjing bersaiz besar manakala kucing dicuci pada kadar anjing bersaiz
kecil.

"Kami sangat berharap ia akan mendapat sambutan hangat dan tempat-tempat lain akan mula membeli mesin itu," katanya. - Agensi

 "sian anjing tu hehe.."

Isteri ku pelakon DVD lucah
TAIPEI - Seorang tukang kayu di Taiwan tergamam apabila mendapati
cakera video digital (DVD) lucah yang dibelinya mengandungi klip
rakaman hubungan sulit isterinya dengan seorang rakannya, lapor sebuah
akhbar semalam.

Tukang kayu yang hanya dikenali dengan nama Lee itu menyaksikan
isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain menerusi DVD pada
tahun 2002.

Aksi isterinya itu dirakam dengan menggunakan kamera tersembunyi.
Lee yang tinggal di Taoyuan, Taipei bertindak menceraikan isterinya
sejurus melihat DVD berkenaan manakala rakannya yang merupakan seorang
peniaga daging menghilangkan diri dari kampung.

Pada bulan Ogos 2008, Lee mengesan peniaga daging itu berada di
bandar Chungli dan bertindak menemui lelaki tersebut dengan membawa
sebilah pisau dan menikamnya di pinggang.

Peniaga daging itu kemudiannya membuat tuntutan saman ke atas Lee kerana menyebabkan kecederaan dalaman ke atas dirinya.
Lee tidak dapat menyaman balik peniaga daging itu atas dakwaan berzina kerana kes tersebut sudah berlanjutan selama lima tahun.
Pendakwa raya kemudian meminta kedua-dua lelaki itu melakukan
penyelesaian di luar mahkamah tetapi mereka gagal berbuat demikian.

Berikutan itu, Lee didakwa kelmarin kerana menyebabkan kecederaan terhadap seorang individu. - Agensi


Baju kecil nak kuruskan badan
 LONDON - Satu tinjauan mendapati ramai wanita Britain membazirkan
wang berbilion-bilion dolar dengan membeli pakaian lebih kecil
berbanding ukuran badan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Tinjauan kelolaan peruncit ubat-ubatan tempatan, Lloydspharmacy,
menunjukkan fenomena tersebut sudah lama berlaku dan melibatkan
sejumlah besar wanita Britain.

Menurut tinjauan berkenaan, pakaian saiz kecil itu sebaliknya
dijadikan inspirasi untuk mereka menguruskan badan dan berharap dapat
memakainya suatu hari nanti.

Tinjauan yang dilakukan baru-baru ini itu melibatkan 2,500 responden di negara berkenaan.
Ia menyatakan sekurang-kurangnya empat daripada lima wanita Britain melakukan pembelian membazir tersebut.
Menurut perangkaannya, wanita Britain membelanjakan purata AS$5.6 bilion (RM19.9 bilion) setahun untuk berbuat demikian.
Jumlah itu melibatkan kira-kira 24 juta blaus, skirt, dres dan kasut
yang dibeli tetapi akhirnya disimpan dalam almari mereka. - Agensi


Ragam Lily Allen...
SWINDON - Penyanyi terkenal, Lily Allen bergurau dengan menyatakan
dia mungkin akan melakukan persembahan dalam keadaan bogel, lapor
sebuah akhbar semalam.

Lily turut berimaginasi mahu penonton-penontonnya berbogel sama
ketika dia melakukan persembahan dalam keadaan tanpa memakai sebarang
pakaian.

"Saya tidak tahu pakaian apa yang perlu dipakai menyebabkan saya berpendapat saya perlu berbogel," katanya kepada stesen radio Perbadanan Penyiaran British (BBC) di Swindon, England.
"Secara faktanya, saya menganggap setiap orang yang menyaksikan persembahan saya perlu bersama-sama berbogel.
"Saya mahu melihat semua penonton berbogel," katanya yang popular dengan lagu Smile.
Sebelum ini BBC mengharamkan dia menyanyi dengan menggunakan
sebaris ayat dalam sebuah lagunya kerana dianggap mempunyai unsur-unsur
lucah. - Agensi




 

Saturday, July 10, 2010

Kecik-kecik dah hisap rokok ish ish..

Sebelum ni member aku pernah bagi tahu pasal video ni. Tapi malam ni aku terdetik pula nak surf youtube nak lihat kebenaran video tersebut.
------------------------------------------------------------------------------------

Memang terkejut bila first time tengok video ni, memang dasyat..
macam pro dah aku tengok budak ni..


info:Seorang balita di Musi Banyiasin, Sulsel, menghabis empat bungkus rokok dalam sehari. Balita berusia 2,5 tahun ini mulai merokok sejak berusia 1,5 tahun.(aku copy description kat situ je)

Bukan ini saja tau, ni ade lagi satu budak kecil di Malang, Indonesia hisap rokok sambil bersembang dengan orang yang lebih dewasa dari dia sendiri. p/s: siap buat O lagi asap die

Apa nak jadi lah zaman sekarang ni, bayi pun dah hisap rokok. Patutnya minum susu tepung ke, susu gantung ke, nestum ke. Rokok juga yang dihisap.

Renung-renungkan lah...

Thursday, July 8, 2010

Ramalan Spain vs Netherlands di Final WC 2010

Terdetik aku nak berkongsi this HOT story kan, yelah world cup pun dah sampai kemuncak iaitu pertembungan antara Spain (ESP) menentang Netherlands (NED) di pentas final. Ramai yang mennjangkakan Spain akan menang 2-1.


"David Villa vs Wesley Sneijder..sapa akan menjadi hero negara masing-masing"
Sebenarnya aku hari ini aku bangun pagi, tertengok MHI tentang final WC Spain vs Netherlands. Macam yang dijangkakan. Spain menjadi pilihan tetamu pada hari itu, aku kenal Fizo Omar saja, dia pun pilih Spain, siap pakai jersey lagi.
"Aku rase Spain la menang 2-1Hoyeah!! Viva la espana"
Aku nak jadi Paul jap la, aku rase Spain menang la rasenye...
Walaupun aku masih berkabung dengan kecundangnya Germany di tangan Spain Khamis lalu, Spain memang berpeluang untuk menang edisi WC tahun ni.

Bukan nak kata Netherlands tak boleh menang, mereka bagus, menang semua perlawanan, termasuk menundukkan jaguh Amerika Selatan, Brazil pada suku akhir.Impressive...
A little bit unlucky for Netherlands kerana bertemu Spain yang diakui memang power bangat.. kebanyakkan pemain mereka datang dari kelab-kelab Spain sendiri seperti Barcelona, Real Madrid, etc..
Gud luck both of Teams..
Anyway, team fav aku, Germany dah tak masuk final, sukar nak aku percaya. Mungkin malas dah nak tengok kot final ni, tapi tengok la dulu, harap-harap game ni game yang best dan penuh dengan debaran, kalau boleh biar la menang 3-2 ke, 3-1 ke.Nak buat macam Germany, tak dapat kot.Kalau la Germany dapat pergi final, dapatla Klose kasut emas

"Milik siapakah..gadis ini..haha..silap2, piala ini.Ni  kalau jual kaya aku ni"

Straight Edge!! apa itu??

Yup... Straight Edge, agak-agak korang pernah dengar tak dari tv ke, kawan-kawan ke, magazine ke ape. Korang tahu makna Straight Edge. Jom kita melihat lebih dalam lagi apa itu lagi Straight Edge!!
---------------------------------------------------------------------------------
 "Pride, Friends and Family"
 
Straight Edge adalah satu budaya yang ada berkait rapat dengan Hardcore Punk, muncul pada sekitar 1980-an di mana perkataan ini diambil dari judul lagu kumpulan Hardcore Punk, Minor Threat. Konsep Straight Edge ialah mengamalkan cara hidup yang sihat iaitu NO DRUGS, NO DRUGS, NO TOBACCO, NO FREE SEX, dan ada pula yang mengamalkan vegan, iaitu diet vegeterian.
SxE, XXX..what's dat...
Straight Edge juga boleh ditulis dalam singkatan SxE, dalam analogi Hardcore Punk ia ditulis HxC. Pernah tak tengok di myspace, facebook, user-user menggunakan simbol x pada nama diorang. Hmm... mesti korang nak tau apa maksudnya. Contohnya macam, xhydex, ameerXhafizi, XarilXhanafiX, mereka ni mungkin antara penyokong atau pengamal Straight Edge. Ada juga band-band Hardcore menggunakan simbol x pada nama band masing, macam xAFBx, xTyrantx. Jangan salah sangka tau, Straight Edge bukan nya agama baru, ia sejenis diet atau pendirian seseorang. Tapi ramai sekarang ni yang ubuh lambang x pada nama diorang walhal poser je lebih.Lepas ni aku gune SxE jelah ye, letih nak taip panjang2...
Straight Edge di Malaysia!!
Sxe di Malaysia rasanya sudah lama bertapak di Malaysia, mungkin dalam era 90-an, kumpulan Hardcore Punk seperti Second Combat antara pemangkin pejuang muzik yang memperjuangkan SxE Culture. Menerusi muzik, band muzik ini memperjuangkan apa itu SxE, cara hidup positif, masalah-masalah dunia, dan isu-isu semasa sebagai tema lirik lagu mereka. Antara band-band SxE Malaysia xElevenx, Xkids on the moveX, Channel X, Disaster Funhouse, LastxMinute, dan banyak lagi.
Jom join komuniti Myspace SxE Malaysia

So..sapa-sapa yang susah sangat nak berhenti merokok tu, join la komuniti SxE ni, untung-untung boleh berhenti merokok, sebab SxE mementingkan maruah yang tinggi.





Tuesday, July 6, 2010

Tips penjagaan kucing kesayangan

Anda semua suka tak kucing, tidak kisah la kucing siam ke, kucing parsi ke, kucing Malaysia ke, yang penting kita semua wajib menyayangi mahkluk comel ini yang disayangi oleh Rasulullah S.A.W..  
Macammana yek nak bela kucing....
 "Saya ni kucing omputih, mate saya biru huhu"
Kalau kamu semua hendak membela kucing,  kenalah bela dengan penuh bertanggungjawab. Tak bolehlah bela-bela macam tu saja. Segala aspek-aspek untuk menjaga kucing mestilah di titik beratkan supaya kucing kita sentiasa sihat, bersih dan cergas.
Ada beberapa tips yang ingin di kongsi di sini:
Kucing pun kena ada diet diorang sendiri la...
Semestinya hendaklah diberi makanan yang berkhasiat..
Makanan berminyak seperti ikan goreng tidak bagus untuk kucing..so, tidak digalakkan
Tidak semua makanan kucing sesuai untuk kucing kita, jangan lah bagi sebarangan, minta pendapat pakar veterinar. Whiskas salah satu jenama makanan kucing yang bagus yang disyorkan oleh pakar veterinar.
  "Punyalah sedap whiskas sampai tikus pun nak"
Jika tidak, menurut pakar veterinar dan para pembela kucing, certain makanan kucing boleh menyebabkan penyakit batu karang kepada kucing. Kucing pun boleh kena batu karang kan, ingat manusia je ke...
Macam manusia juga, lepas makan, jangan lupa beri air minum kepada kucing, lagi bagus beri susu untuk mereka.
Jika anda ada mempunyai wang lebih, apa salahnya beri vitamin tambahan kepada kucing anda. Vitamin haiwan boleh dibeli di klinik veterinar.
Cat grooming..bersolek huhu
Bila sudah membela kucing, janganlah dilupakan kekemasan kucing-kucing anda. Mestilah dibersihkan mereka supaya tidak dijangkiti kutu dan penyakit.
Telinga-Mestilah dibersihkan selalu, jangan dibiarkan ia sampai hitam, kutu bukan sahaja ada di badan sahaja,malah di telinga. Kalau tidak kesian kucing tu tergaru-garu. Guna kapas yang lembut dan bersihkan perlahan-lahan sehingga bersih.
Mata dan hidung-Jika mata kucing itu berair atau ada tahi mata, mungkin kucing itu sakit. Bersihkan ia dan segera berjumpa veterinar, mungkin juga kucing tersebut demam atau sakit. Jangan sesekali pandai-pandai beri panadol kepada kucing anda, kerana ia tidak sesuai dan boleh membawa keracunan.
Kuku-Seelok-eloknya, potong kuku kucing anda. Tetapi jangan sampai ke pangkal kuku, hanya potong bahagian yang tajam sahaja, lebih-lebih lagi anak-anak kucing. Diorang kan aktif dan mencakar.OUCHH
Bulu-Jika bulu kucing anda mudah gugur, kemungkinan ada hama di bulu tersebut, bawalah degera berjumpa berubat dengan veterinar. Amalkan memandikan kucing anda dengan shampu mandian khas kucing sahaja kerana ia bagus untuk menyingkirkan kutu dari badan kucing.
Nak mandikan kucing tuang air camtu jeke....
Sewaktu memandikan kucing, elakkan dari air masuk ke telinga, dan ebih elok juga guna air yang lebih suam supaya tidak kesejukan.
"Tak nak mandi lah..sejuk tu rrrrrrr"
Keringkan dengan tuala selepas mandi, takpun keringkan dengan hairdryer. Kalau malas hendak mandikan sendiri, hantar sahaja ke pusat penjagaan haiwan atau klinik veterinar, tapi berbayar lah.
Kucing pun macam kita gak, I want freedom!!
Kalau anda sayangkan kucing anda, biarlah mereka bebas bergerak, bagi ruang untuk mereka bermain. Janganlah dikurungkan kucing anda dalam kurungan, kucing pun boleh mati akibat stress.Doktor yang cakap tau..

                       "Stress nye aku aii"                                   "Mang ai sodap tul la santai kat sinki ni"
Haa..the important thing ni..
Anda mesti tak nak kan kucing anda berak merata-rata, latih la mereka supaya kecing atau berak di tempat-tempat tertentu. Belilah catsand untuk tempat 'pelabuuran mereka' supaya rumah kita pun bersih.Apa yang bagus dengan catsand ini, ia boleh mengurangkan bau buangan kucing ini. Alaa... bukan mahal mane pun
Kasi BCG kat kucing.haa BCG!!
Bukan BCG kawan-kawan, kucing-kucing ini juga perlukan imunisasi seperti kita juga. Dapatkan suntikan vaksin untuk kucing anda di mana-mana klinik haiwan untuk mengelakkan kucing kesayangan kita dari selalu jatuh sakit.

Friday, July 2, 2010

World Cup 2010 Score Card

"Logo FIFA World Cup 2010 -ehsan dari Google Search engine" 
Sempena kemeriahan World Cup 2010 yang sudah menjelang ke peringkat suku akhir ini, saya nak kongsi home made score card peringkat 16 pasukan dalam kejohanan World Cup kali ini. Hanya menggunakan Adobe Photoshop dan sedikit idea-idea basic sahaja untuk menjadikan score card ini lebih menarik.
"Score card World Cup 2010 made by sasuke-duniajarijari.blogspot.com"
Ini lah contoh yang sudah siap, menggunakan emblem FA negara-negara yang bertanding menggantikan simbol bendera yang selalunya digunakan. 
Aku pun boleh buat ni...hehehe
Kalau anda ada idea yang lebih kreatif dan menarik, anda juga boleh membuat satu untuk anda sendiri, ataupun bolehlah kongsi dengan orang lain dengan mengupload kan file dalam bentuk psd,jpeg,png....
Kalau anda nak score card di atas, bolehlah download di icon Mediafire di bawah, nanti silalah comment ya pasal score card tu.



mediafire Pictures, Images and Photos